Tuesday, March 17, 2015

Secret


#funnybuttrue
#sapasetujuangkattangan

Sunday, March 15, 2015

Cinderella

Siapa sudah tengok wayang Cinderella 2015 angkat tangan.  Siapa yang belum tu bagus tengok cepat-cepat.  Bestttttt…. siapa yang ndak suka Cinderella??  Boleh dikatakan kalau perempuan memang suka cerita Cinderella. Kan?? kan?? setuju kah?

Nah yang belum tengok tu, boleh tengok trailernya di sini. Memang best la cerita ni.  Lagi la best pasal di awal cerita tu ada sedikit sedutan cerita Frozen.  Aku ni memang peminat tegar Frozen.  Agak-agaknya la adakah movie Frozen 2?? Harap-harap la ada...


#mycinderellamoment
#pinggangcinderellasize18inci

Tuesday, March 3, 2015

Prada or LV?

Aku kira mau beli beg baru.  Kiranya mau pakai beg harian la… bagi  menggantikan beg Prada Tessuto Gaufre ku yang kaler pink ni.  Ehem-ehem… gambar di bawah ni masih baru… diambil gambarnya time masih virgin lagi.  Kalau tengok sekarang… makkk kauu… hancurr… macam sayur hamcoi sudah rupanya ya.  Segan aku mau post gambarnya di sini.  Selalu bah aku pakai ni beg. Untung dia ni.  Sempat dibawa ke merata-rata.  Sampai ke New York sudah dia ya.  Kiranya si Prada pink ni salah satu beg yang paling jadi kegemaranku.  Ndak sia-sia aku beli walaupun mahellll…. Warnanya pun kira jarang-jarang dijumpa sebab hanya Prada Asia saja yang ada jual ni kaler kunuk ya.



Memandangkan ada beberapa beg lamaku yang telah terjual.  Aku kira mau ganti balik la.  Hasil jualan tu beli balik beg baru.  Jadi konok, ada aku ternampak dalam instagram… gambar beg ni.  Yaaaa…. aku tau sama macam beg pink di atas ni.  Aku cuma terpikat dengan warnanya yang … begitu rare sekali.  Selalu pun nampak paten beg ni kalau bukan warna hitam… warna coklat.  Apa pendapat kamurang?? Should i buy?? Senang match kah warna ni dengan semua baju??


ataupun…. pilihan seterusku ialah Louis Vuitton Turenne MM.   
(Picture copied from ms. google)


Kamu rasa LV ni boringkah?? Kenapa aku pilih Turenne sebab bagi menggantikan beg Galliera ku yang telah dipinang orang.


Jadi tinggal la beg bunga ni ja tanpa kawan. Hehehe… Cian dia.  Sudah la aku jarang pakai.


Tapi yang ni meriah dengan kawan-kawannya.  Hehehe… Masih baru ooo… Kuat masih bau leathernya.



So, what do you think? Prada or LV? Help me to choose.